comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia rendah pada sesi dagangan tengah hari

 

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi rendah disebabkan kekurangan pemangkin yang boleh menggerakkan pasaran.

Pada waktu rehat tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 8.72 mata kepada 1,402.26 daripada 1,410.98 penutup dagangan Khamis.

Indeks utama yang  dibuka 0.15 mata lebih tinggi pagi ini pada 1,411.13, bergerak antara 1,402.04 dan 1,411.67 di sepanjang sesi.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 428 berbanding 287, manakala 411 kaunter tidak berubah, 1,147 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 1.55 bilion unit bernilai RM863.55 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI kekal dalam kedudukan terlebih jual, sambil menambah beliau menjangkakan indeks penanda aras akan mengalami lantunan tidak lama lagi, terutamanya saham perbankan.

“Oleh itu, kami mengunjurkan FBM KLCI meningkat dalam julat 1,410-1,420 untuk hari ini,” katanya dalam nota.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, MISC naik dua sen kepada RM7.18, Press Metal tidak berubah pada RM4.70, manakala Maybank dan Petronas Chemicals masing-masing susut empat sen kepada RM8.45 dan RM6.76, Public Bank turun lima sen menjadi RM3. 90 dan CIMB kerugian dua sen kepada RM5.19.

Bagi saham aktif, Careplus menambah setengah sen kepada 34 sen, Dagang Nexchange meningkat lima sen kepada 61 sen, Top Glove dan Fitters Diversified masing-masing tidak berubah pada RM1.02 dan lapan sen, Hong Seng Consolidated susut setengah sen menjadi 13 sen, dan Computer Forms lemah empat sen kepada 31 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM 70 menguncup 24.39 mata kepada 13,364.79, Indeks FBM Emas Syariah 36.73 mata lebih rendah pada 10,633.81 sementara Indeks FBM Emas berkurangan 50.71 mata kepada 10,286.34

Indeks FBMT 100 merosot 51.33 mata kepada 9,977.84 dan Indeks FBM ACE menyusut 25.40 mata kepada 5,289.25.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga menokok 2.10 mata kepada 813.35, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 102.33 mata kepada 15,463.82, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.59 mata menjadi 166.58 dan Indeks Perladangan kerugian 50.59 mata kepada 6,718.92.  — BERNAMA

Loading...
Terkini