comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

CBP tawar ‘PULIH’, bantu pelanggan hadapi masalah bayar balik pinjaman

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Bhd (CBP) menawarkan kempen PULIH, iaitu penjadualan semula pembayaran ansuran pinjaman pelanggannya yang menghadapi masalah kewangan sewaktu ketidaktentuan ekonomi ketika ini.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Annuar berkata matlamat PULIH adalah untuk membantu pelanggan menguasai situasi kewangan dan merangka pelan pembayaran semula pembiayaan secara peribadi melalui rundingan dengan penyedia perkhidmatan kewangan pelanggan CBP.

“Menerusi kempen ini, pelanggan yang memohon cuma perlu membayar 50 peratus daripada ansuran asal selama dua tahun.

Kempen ini telah bermula dari 22 Mac 2023 sehingga 29 Jun 2023.

”Program PULIH ini menyasarkan pelanggan yang mengalami masalah atau kekangan kewangan iaitu pendapatan telah berkurangan sebanyak 25 peratus dari gaji asal dan gagal untuk meneruskan pembayaran ansuran bulanan semasa,” katanya dalam sidang media selepas majlis berbuka puasa dan pelancaran projek FIRST di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata ini merupakan satu langkah proaktif CBP dalam membantu pelanggan-pelanggan yang terkesan yang secara tidak langsung dapat membantu CBP memulihkan pembiayaan tidak berbayar (PTB).

“Kami jangkakan seramai 10-20 peratus daripada lebih 200,000 pelanggan sedia ada kami akan menggunakan khidmat tersebut.

“Pelanggan CBP yang ingin menyertai kempen ini boleh memohon menerusi emel ke Jabatan Kawalan dan Pemulihan di [email protected] atau hadir ke mana-mana cawangan CBP,” katanya. – BERNAMA

Loading...
Terkini