comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

[VIDEO] Cukai Barang Bernilai Tinggi akan dilaksana 1 Mei 2024

 

KUALA LUMPUR: Cukai Barang Bernilai Tinggi akan dilaksana bermula 1 Mei 2024.

Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis Parlimen menjelaskan, ia dalam peringkat akhir untuk memuktamadkan dasar dan perundangan cukai terbabit.

Kementerian turut sedang melihat kepada mekanisme pelaksanaan, jenis barang dan kadar cukai yang akan dikenakan terhadap barang bernilai tinggi.

Butiran lanjut akan diumumkan sebaik dimuktamadkan dan diluluskan Jemaah Menteri.

Kerajaan mengumumkan pelaksanaan cukai barang bernilai tinggi pada kadar 5 hingga 10 peratus pada Belanjawan 2024.

Ia akan dikenakan ke atas barang bernilai tinggi tertentu seperti barang kemas dan jam tangan berdasarkan harga tertentu.

Bagaimanapun, ia tidak akan dikenakan kepada pelancong, di mana mereka boleh membuat menuntut semula cukai berkenaan di pintu keluar negara.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini