comscore
Tumpuan :
Nasional

Belanjawan 2024: Cukai Barang Bernilai Tinggi akan diperkenal 

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menggubal perundangan baharu bagi melaksanakan Cukai Barang Bernilai Tinggi pada kadar 5 hingga 10 peratus.

Cukai berkenaan akan dikenakan ke atas barang bernilai tinggi tertentu seperti barang kemas dan jam tangan berdasarkan nilai ambang harga barangan.

Bagaimanapun, untuk terus menggalakkan sektor pelancongan, ia tidak akan dikenakan kepada pelancong, di mana mereka boleh membuat menuntut semula cukai berkenaan di pintu keluar negara.

Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat berkata, Malaysia perlu seiring dengan piawaian percukaian antarabangsa khususnya dalam mengekang aktiviti penghakisan asas cukai dan pemindahan keuntungan ke negara yang mempunyai kadar cukai yang rendah.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini