comscore
Tumpuan :
Nasional

Belanjawan 2024: Cukai barang bernilai tinggi tidak beban rakyat biasa – Sim

Kerajaan akan menggubal perundangan baharu bagi melaksanakan Cukai Barang Bernilai Tinggi pada kadar lima peratus hingga 10%. – Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Cukai Barang Bernilai Tinggi melalui penggubalan perundangan baharu membolehkan golongan berkemampuan tinggi, menyumbang kembali kepada negara melalui pembelian barangan mewah.

Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong berkata, selepas ini kerajaan akan memberikan perincian berhubung pelaksanaan Cukai Barang Bernilai Tinggi yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 Jumaat lalu.

Mengulas lanjut, beliau berkata secara prinsip, negara perlu memperluaskan asas cukai negara, tanpa bebanan tambahan kepada rakyat terbanyak termasuk melalui pelaksanaan cukai terbabit.

“Sementara bagi golongan yang berkemampuan tinggi, contohnya jika mereka mampu beli barangan, maka mereka menyumbang kembali sedikit kepada negara.

“Melalui cukai barang bernilai tinggi itu, ia akan dilaksanakan mengikut nilai ambang bergantung kepada kategori barang dan perincian akan diberikan kelak,” katanya kepada BH.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan, kerajaan akan menggubal perundangan baharu bagi melaksanakan Cukai Barang Bernilai Tinggi pada kadar lima peratus hingga 10 peratus.

Ia akan dikenakan ke atas barang bernilai tinggi tertentu seperti barang kemas dan jam tangan berdasarkan nilai ambang harga barangan.

Bagaimanapun, untuk terus menggalakkan sektor pelancongan, ia tidak akan dikenakan kepada pelancong, di mana mereka boleh membuat menuntut semula cukai berkenaan di pintu keluar negara.

Pada masa sama, Steven berkata, hasil cukai itu akan disalurkan kembali kepada pembangunan negara, sokongan kepada perniagaan dan kebajikan rakyat.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini