comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Daya tarikan baharu kelas dunia baharu buat Malaysia

PUCHONG: Hard Rock Cafe paling tinggi dari segi altitud di Asia Pasifik yang bakal dibuka di Genting Highlands, Pahang pada suku keempat ini menjadi daya tarikan berkelas dunia baharu untuk Malaysia.

Restoran bar itu akan dibuka di Hotel Wyndham lon Majestic, Genting Highlands yang dimiliki oleh Grand lon Majestic, cabang pembangunan NCT Alliance.

Hard Rock Cafe seluas kira-kira 5,000 kaki persegi itu akan turut dilengkapi dengan kolam mewah dan bar tepi kolam yang terletak di aras 50, iaitu tingkat tertinggi hotel berkenaan.

Timbalan Presiden Asia Pasifik bagi Hard Rock International, Malcom Chao, berkata restoran bar itu akan dibuka pada suku keempat tahun ini, atau selewat-lewatnya pada suku tahun pertama 2025.

Katanya, kemudahan baharu itu disasarkan kepada semua peringkat usia kerana kemudahan sama seumpamanya di Pulau Pinang serta Bali banyak dikunjungi oleh keluarga dan turut memiliki hubungan kerjasama dengan sekolah muzik kanak-kanak tempatan.

“Selain itu, kami lebih menumpukan kepada warga tempatan berbanding pelancong dari luar negara kerana golongan ini yang akan menggunakan kemudahan ini setiap hari.

“Meskipun memiliki pelbagai keunikan tersendiri, kemudahan terbaharu ini tidak menjadi Hard Rock Café tertinggi di dunia kerana kami turut memiliki premis di La Paz, Boivia yang berketinggian lebih daripada 3,000 meter dari paras laut.

“Kami berharap tidak lama lagi akan dapat menempa jenama di awan dan menjadikan ia Hard Rock Cafe yang paling tinggi di Asia Pasifik” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pengumuman kerjasama Hard Rock Cafe di antara pemaju hartanah, NCT Alliance dengan Hard Rock International selain pelancaran awal Hotel Wyndham Ion Majestic, di Puchong, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan NCT Alliance, Datuk Seri Yap Ngan Choy dan Naib Presiden Eksekutif lon Majestic Hospitality Sdn Bhd, Tee Yih Fung.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini