comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

DC Healthcare rancang ke Pasaran ACE, IPO 199.26 juta saham

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: DC Healthcare Holdings Bhd (DC Healthcare), pakar dalam perkhidmatan perubatan estetik, dengan mengumumkan perjanjian taja jamin dengan M&A Securities Sdn Bhd (M&A) untuk pelaksanaan tawaran awam permulaan (IPO).

Ia sempena cadangan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities).

Berdasarkan prospektus di laman web Bursa Securities, penyenaraian DC Healthcare membabitkan terbitan awam sebanyak 199.26 juta saham atau 20 peratus daripada jumlah saham terbitan kumpulan dengan tawaran jualan sebanyak 99.63 juta saham mewakili 10 peratus daripada modal saham yang diperbesarkan kepada pelabur terpilih.

DC Healthcare dalam kenyataannya berkata, saham yang ditawarkan melalui terbitan awam ialah 49.82 juta saham terbitan mewakili lima peratus daripada modal saham kumpulan yang diperbesarkan, di mana 2.5 peratus akan disediakan kepada pelabur awam dan 2.5 peratus akan disediakan kepada pelabur awam Bumiputera.

Pengarah Urusan DC Healthcare, Dr Chong Tze Sheng, berkata pihaknya teruja untuk bekerjasama dengan M&A untuk IPO, meneruskan perjalanan yang pertama mulakan dengan pembukaan klinik pertama pada tahun 2016 yang menyediakan perkhidmatan perubatan am dan kemudian beralih kepada menyediakan dan memberi tumpuan kepada perkhidmatan estetik.

Loading...
Terkini