comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Disney+ hilang hampir 16 juta pelanggan tahun ini

Foto : Reuters

ISTANBUL: Perkhidmatan penstriman The Walt Disney Company, Disney+ kehilangan 11.7 pelanggan dalam tempoh April hingga Jun, menurut penyata keputusan kewangan syarikat itu, lapor Anadolu.

Jumlah pelanggan di seluruh dunia merosot 7.4 peratus kepada 146.1 juta, daripada 157.8 juta pada suku sebelumnya apabila ia kehilangan kira-kira empat juta pelanggan.

Secara keseluruhan, platform penstriman itu kehilangan hampir 16 juta pelanggan sejak awal tahun ini.

Syarikat induknya, The Walt Disney Company, mencatatkan AS$460 juta kerugian bersih daripada operasi berterusan, menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu lalu.

Angka itu adalah kemerosotan mendadak daripada pendapatan sebanyak AS$1.4 bilion yang dilaporkan dalam tempoh April hingga Jun tahun lalu.

-BERNAMA-ANADOLU

Loading...
Terkini