comscore
Tumpuan :
Dunia

Walt Disney dijangka buang pekerja lagi

 

LOS ANGELES: Walt Disney akan memulakan gelombang kedua pemberhentian pekerjanya.

Pegawai Disney berkata syarikat itu akan memberhentikan sejumlah 4,000 pekerja.

Syarikat gergasi itu dijangka memulakan pemberhentian bermula Isnin dan hingga Khamis ini.

Menurut sumber, pemberhentian pekerja terbabit akan membabitkan di seluruh segmen perniagaan syarikat, termasuk Disney Entertainment, ESPN dan Disney Parks, Experiences and Products, tetapi dijangka tidak menjejaskan pekerja yang bekerja di taman dan pusat peranginan.

Disney umum rancangan pemberhentian pekerjanya pada Februari lalu, bersama-sama penyusunan semula secara menyeluruh bagi menstruktur semula syarikat serta mengembalikan pembuat keputusan kepada eksekutif kreatif Disney.

Matlamatnya adalah untuk mewujudkan pendekatan yang lebih diperkemas kepada perniagaannya.

Syarikat gergasi itu memberhentikan 7,000 pekerja sebelum ini bagi menjimatkan kos AS$5.5 bilion

Sebilangan syarikat media mula mengawal perbelanjaan masing-masing apabila Netflix melaporkan kerugian pertamanya dalam masa 10 tahun pada awal 2022 dan Wall Street mula memberi keutamaan kepada keuntungan berbanding pertumbuhan pelanggan. – REUTERS

Loading...
Terkini