comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ekonomi Malaysia berkembang 14.2 peratus pada suku ketiga 2022

Foto hiasan

Oleh Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia merekod pertumbuhan lebih kukuh sebanyak 14.2 peratus bagi suku ketiga tahun ini, paras tertinggi sejak 15.9 peratus yang dicatat pada suku kedua tahun lalu.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, “Pertumbuhan ini didorong permintaan yang kukuh, pasaran pekerja dan pendapatan yang bertambah baik serta sokongan dasar yang berterusan.”

“Eksport terus disokong oleh permintaan yang kukuh terhadap produk E&E.“ kata beliau ketika mengumumkan prestasi ekonomi bagi suku ketiga di Sasana Kijang pagi tadi.

Tambah beliau, pemulihan sektor pelancongan juga memberi sokongan tambahan kepada aktiviti ekonomi. Mengikut sektor, pertumbuhan terus dipacu sektor perkhidmatan dan perkilangan.

Secara keseluruhan, ekonomi Malaysia berkembang 9.3 peratus bagi sembilan bulan pertama tahun ini.

Inflasi keseluruhan tahun ini mungkin telah mencapai tahap tertingginya iaitu 4.5 peratus pada suku ketiga manakala inflasi asas terus meningkat kepada 3.7 peratus.

Seperti yang dijangka, peningkatan inflasi keseluruhan sebahagian besarnya didorong kesan asas daripada diskaun bil elektrik yang dilaksanakan pada suku ketiga tahun 2021, serta peningkatan berterusan dalam inflasi teras dan barangan yang harganya tidak menentu.

Nilai ringgit pula menurun sebanyak 11.2 peratus berbanding dolar AS sehingga 9 November 2022.

Loading...
Terkini