comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ekonomi Malaysia berkembang sederhana 2.9% pada suku kedua

Foto hiasan / NSTP

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia berkembang 2.9% pada suku kedua 2023, disokong oleh pasaran buruh yang bertambah baik, peningkatan berterusan dalam permintaan domestik dan kegiatan pelancongan, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata pertumbuhan ekonomi Malaysia menjadi sederhana pada suku itu sebahagiannya disebabkan oleh permintaan luaran yang lebih perlahan susulan kitaran teknologi global, pengeluaran komoditi lebih rendah dan kesan asas lebih tinggi dari suku kedua 2022 yang mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 8.9 peratus.

Malaysia mencatatkan pertumbuhan KDNK 5.6 peratus pada suku pertama 2023, menjadikan pertumbuhan purata bagi separuh pertama tahun ini pada 4.25 peratus.

Katanya, dari segi prestasi sektoral, sektor perkhidmatan meningkat 4.7 peratus pada suku kedua 2023, disumbangkan subsektor perdagangan borong dan runcit (4.7 peratus), pengangkutan dan penyimpanan (13.5 peratus), perkhidmatan perniagaan (10.7 peratus) dan penginapan (49.0 peratus).

Walau bagaimanapun, beliau berkata beberapa subsektor utama iaitu makanan dan minuman tumbuh pada kadar lebih perlahan 1.6 peratus manakala kewangan dan insurans menunjukkan penurunan sebanyak 4.7 peratus.

“Bagi terma pelarasan musim suku tahun ke suku tahun, sektor perkhidmatan meningkat 2.7 peratus,” katanya.

Loading...
Terkini