comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ekonomi suku kedua dijangka berkembang sederhana 2.8 peratus – TA Securities

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara bagi suku kedua tahun ini dijangka berkembang pada kadar sederhana kemungkinan 2.8 peratus berdasarkan beberapa petunjuk ekonomi yang ada, demikian kata penganalisis.

Penganalisis TA Securities, Farid Burhanuddin, berkata perangkaan ekonomi yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan petanda bahawa KDNK benar bagi suku kedua 2023 berkembang pada kadar lebih perlahan.

Beliau berkata, pada suku kedua 2023, Indeks Volum Perkhidmatan terus berkembang tetapi pada kadar yang sederhana sebanyak 5.0 peratus berbanding 8.8 peratus pada suku pertama 2023.

Justeru, pihaknya percaya pertumbuhan sektor perkhidmatan dalam KDNK benar suku dikaji itu mempunyai kecenderungan tidak mencapai jangkaan awal pihaknya sebanyak 5.2 peratus, katanya.

Jelasnya, ketika ini, jangkaan TA Securities ialah 4.7 peratus, yang menunjukkan penurunan yang jelas dari pertumbuhan 7.3 peratus yang dicatat dalam suku pertama 2023.

“Sebahagian besar data ekonomi yang diumumkan memberi petunjuk bahawa KDNK benar suku kedua 2023 mungkin berkembang pada kadar sederhana.

“Secara ketara, trajektori ini berpotensi untuk berbeza dari jangkaan awal kami, lebih condong kepada lebih rendah daripada ambang jangkaan awal kami sebanyak 3.2 peratus, mungkin berada di sekitar 2.8 peratus,” katanya dalam nota penyelidikannya.

Farid berkata, memandangkan perbezaan antara jangkaan pihaknya dan perangkaan yang dikeluarkan tidak begitu besar, buat masa ini, pihaknya masih mengekalkan sasaran pertumbuhan KDNK sebanyak 4.2 peratus untuk keseluruhan 2023.

Beliau berkata, sebarang penyesuaian potensi terhadap unjuran akan ditangguhkan sehingga data sebenar KDNK diumumkan, yang dijadualkan dikeluarkan pada 18 Ogos ini.

Loading...
Terkini