comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

[VIDEO] Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP: Fasa 1 bermula 7 April 2023, untuk ahli umur 40 tahun ke atas 

PETALING JAYA: Fasiliti Sokongan Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dilaksanakan dalam dua fasa, dan ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon melalui bank yang mengambil bahagian iaitu MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN). KWSP akan mempertimbangkan untuk menambah lebih banyak bank yang mengambil bahagian pada masa hadapan.

Dalam satu kenyataan KWSP menjelaskan Fasa 1 akan dibuka bermula 7 April 2023. Permohonan Fasa 1, kekal dibuka selama setahun, ahli yang layak berumur 40 tahun ke atas boleh memohon, tertakluk kepada kesediaan bank yang mengambil bahagian. Tarikh mula untuk Fasa 2 untuk ahli di bawah umur 40 tahun akan diumumkan dalam masa terdekat.

Pihak bank akan mentadbir sepenuhnya proses permohonan untuk pembiayaan peribadi melalui kemudahan ini, tertakluk kepada penilaian pembiayaan dan rangka kerja kredit mereka.

Permohonan pembiayaan peribadi ini boleh dibuat secara dalam talian melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian. Sebelum membuat permohonan, ahli perlu membuat semakan awal kelayakan dalam Akaun 2 KWSP. Permohonan hendaklah dibuat mengikut terma dan syarat yang dipersetujui dengan institusi perbankan.

Kadar faedah (Konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik) yang akan dikenakan oleh bank-bank yang mengambil bahagian di bawah program ini adalah antara 4 peratus hingga 5 peratus, lebih rendah dan lebih berpatutan daripada kadar pasaran semasa iaitu 8 peratus hingga 15 peratus.

Kemudahan ini disasarkan kepada ahli KWSP yang mempunyai simpanan dalam Akaun 2 dan disokong dengan pendapatan yang berpatutan bagi memastikan mereka mampu membiayai dan membayar balik tanpa menjejaskan kecukupan dan keselamatan simpanan persaraan mereka.

Loading...
Terkini