comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

FBM KLCI turun selepas dibuka tinggi

Foto hiasan

KUALA LUMPUR:Indeks utama Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin namun mengalami penurunan selepas itu berikutan kekurangan momentum belian yang kukuh dalam kaunter berkaitan indeks.

Pada 9.25 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran susut 8.52 mata kepada 1,473.28 daripada 1,481.80 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.

Indeks itu dibuka 0.28 mata lebih tinggi kepada 1,482.08.

Terdapat 297 kaunter untung dan 249 kaunter rugi bagi keseluruhan pasaran selain, 297 kaunter tidak berubah, 1,398 kaunter tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 830.01 juta unit bernilai RM239.47 juta.

Dalam nota penyelidikan hari ini, Rakuten Trade Sdn Bhd menjelaskan pihaknya menjangkakan minat belian kembali ke kaunter perbankan susulan penurunannya minggu lepas.

“Berdasarkan pengumuman Kabinet baru-baru ini yang diterima dengan baik secara umum, kami berpandangan indeks mungkin mengalami pembalikan hari ini dengan kami mengunjurkan ia berada dalam aliran berjulat 1,480 hingga 1,500,” menurut firma pembrokeran itu. – BERNAMA

Loading...
Terkini