comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Glomac terkesan kos pembinaan tinggi, kenaikan OPR

Loop City pembangunan kediaman bersepadu baharu yang terletak di tengah-tengah Puchong.

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai dan keuntungan kumpulan yang boleh diagihkan kepada pemilik syarikat (PATMI) Glomac Bhd bagi separuh tahun pertama kewangan berakhir 30 April 2024 susut masing-masing kepada RM6.9 juta dan RM4.5 juta.

Glomac dalam satu kenyataan berkata, keuntungan itu terkesan akibat kos pembinaan yang lebih tinggi dan peningkatan faedah perbelanjaan disebabkan oleh kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sepanjang tempoh berkenaan.

Ia berkata, sepanjang tempoh dikaji, kumpulan mencatatkan pendapatan belum diaudit sebanyak RM115.9 juta, berbanding RM143.9 juta yang dilaporkan dalam tempoh yang sama bagi tahun kewangan 2023.

“Faktor yang menyumbang kepada penurunan jumlah keuntungan adalah aktiviti pembangunan hartanah yang semakin perlahan kerana fasa pembinaan beberapa projek, seperti Plaza@Kelana Jaya dan tiga

fasa kediaman di Saujana Perdana hampir siap,” katanya.

Bagi tempoh suku kedua tahun kewangan 2024, Glomac melaporkan hasil kumpulan sebanyak RM55.8 juta, berbanding RM78.4 juta yang dicapai pada suku yang sama pada tahun kewangan2023.

Kedudukan kewangan Glomac kekal sihat pada posisi penggearan bersih 0.10 kali setakat 31 Oktober 2023, berbanding dana pemegang saham sebanyak RM1.1935 bilion.

Kedudukan wang tunai dan deposit tunai meningkat kepada RM325 juta, berbanding RM288.8 juta pada akhir April 2023.

Aset bersih sesaham meningkat kepada RM1.56 daripada RM1.53 pada akhir April 2023, yang diterjemahkan kepada nisbah harga kepada buku sebanyak 0.24 kali.

Dividen peringkat tunggal terakhir sebanyak 1.25 sen setiap saham telah diumumkan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan akan diagihkan pada 22 Disember 2023.

Loading...
Terkini