comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Indeks harga pengeluar perkhidmatan meningkat 1.4 peratus

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Indeks harga pengeluar perkhidmatan (IHPRP) Malaysia meningkat 1.4 peratus kepada 115.4 mata pada suku ketiga tahun ini daripada 113.8 mata pada suku yang sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

IHPRP adalah untuk mengukur perubahan harga pengeluar bagi sektor perkhidmatan tempatan di Malaysia.

berkata semua subsektor merekodkan peningkatan pada suku ini kecuali indeks maklumat dan komunikasi yang tidak berubah.

“Penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman meningkat 4.6 peratus, disumbangkan oleh peningkatan dalam restoran dan aktiviti perkhidmatan makanan bergerak (5.2 peratus) dan pengangkutan merekodkan peningkatan marginal 0.7 peratus didorong oleh pengangkutan udara (1.5 peratus).

“Pada masa yang sama, subsektor lain yang merekodkan kenaikan adalah pendidikan (1.0 peratus), kesenian, hiburan dan rekreasi (0.8 peratus) dan profesional (0.4 peratus),” kata beliau.

Sementara itu, indeks aktiviti hartanah dan kesihatan masing-masing mencatatkan peningkatan sebanyak 0.2 peratus.

Perbandingan suku tahun ke suku tahun menunjukkan IHPRP meningkat 0.4 peratus berbanding 0.2 peratus yang dilaporkan pada suku tahun sebelumnya.

“Ini disebabkan oleh kenaikan terutamanya dalam indeks kesenian, hiburan dan rekreasi (3.0 peratus), penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman (0.9 peratus), pendidikan (0.3 peratus) dan aktiviti hartanah (0.2 peratus),” kata Mohd Uzir.

Manakala indeks pengangkutan, profesional, kesihatan dan maklumat dan komunikasi tidak berubah, katanya.

Loading...
Terkini