comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Infomina sasar raih RM32.47 juta dari penyenaraian di Pasaran ACE

Chee Meng (tiga dari kiri) pada majlis pelancaran prospektus IPO Infomina di Petaling Jaya, hari ini.

Oleh Afrina Romzi

PETALING JAYA: Syarikat penyelesaian teknologi, Infomina Bhd sasar untuk meraih RM32.47 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) susulan penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 25 November depan.

Pengarah Urusan Infomina, Yee Chee Meng berkata, ini menerusi terbitan awam sebanyak 81.17 juta saham baharu, pada harga terbitan 40 sen satu unit.

“Walaupun di Malaysia ramai yang sedia maklum tentang syarikat kami. Tetapi di negara lain kami perlu menyerlah. Jadi, penyenaraian di Bursa Malaysia, pertamanya untuk perkenalan syarikat. Serta modal kerja yang diraih juga amat penting,” katanya kepada media pada pelancaran prospektus IPO syarikat itu, di sini, hari ini.

Selain Malaysia, syarikat mempunyai portfolio yang pelbagai termasuk di Singapura, Indonesia, China dan Taiwan.

RM13.96 juta (43 peratus) daripada modal akan diperuntukkan sebagai modal kerja dan RM7.6 juta (23.4 peratus) untuk mengukuhkan keupayaan penyelidikan dan pembangunan.

Manakala selebihnya akan digunakan untuk pengembangan serantau, penjenamaan serta pembiayaan penyenaraian.

Loading...
Terkini