comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

IPO Synergy House terlebih langganan 14.02 kali

KUALA LUMPUR: Synergy House Bhd, penjual e-dagang rentas sempadan dan pengeksport perabot perabot rumah sedia dipasang (RTA), mengumumkan tawaran awam permulaannya (IPO) telah terlebih langganan sebanyak 14.02 kali.

IPO Synergy House membabitkan penerbitan 130 juta saham atau 26 peratus daripada jumlah saham terbitan Kumpulan yang diperbesarkan yang terdiri daripada terbitan awam sebanyak 80 juta saham dan tawaran untuk jualan sebanyak 50 juta saham.

“Terbitan saham itu telah disediakan untuk permohonan mengikut sebagaimana berikut iaitu 25 juta saham melalui pengundian kepada orang ramai Malaysia, 12.5 juta saham kepada orang yang layak terdiri daripada pengarah, pekerja dan rakan perniagaan” kata Pengarah Eksekutif Synergy House, Tan Eu Tah di sini hari ini.

Manakala 30 juta saham kepada pelabur terpilih, 12.5 juta saham kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Selain itu 50 juta saham melalui penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh MITI.Mengulas lanjut katanya, sebanyak 12,347 permohonan untuk 375,416,300 saham terbitan dengan nilai RM161,429,009 diterima daripada orang ramai Malaysia, mewakili kadar lebihan langganan keseluruhan sebanyak 14.02 kali.

Daripada jumlah ini, sebanyak 7,277 permohonan untuk 164,159,100 saham terbitan diterima bagi bahagian Bumiputera, mewakili kadar lebihan langganan sebanyak 12.13 kali.Bagi bahagian awam Malaysia yang selebihnya, sejumlah 5,070 permohonan untuk 211,257,200 saham terbitan telah diterima, mewakili kadar terlebih langganan sebanyak 15.90 kali.

Loading...
Terkini