comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Kekangan kewangan & data, cabaran syarikat pemula bersaing

FOTO: NSTP

Oleh Afrina Romzi

PETALING JAYA: Kekangan kewangan dan data menjadi cabaran syarikat pemula untuk bersaing dalam ruang yang sama dengan perniagaan berskala besar.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli. berkata ini termasuk pelaburan pengiklanan yang kebiasaannya memakan berbilion ringgit setiap tahun, sekaligus mewujudkan monopoli dalam pasaran oleh syarikat besar.

 

“Akhirnya hanya tiga hingga empat syarikat sahaja yang sampai (ke sesuatu tahap). Itu yang disebutnya monopoli. Sementera kita (kerajaan) tak boleh campur tangan, kerajaan juga tidak mahu mengambil wang rakyat untuk berbelanja pengiklanan yang lebih baik, bukan cara yang baik.

“Satu cara yang kerajaan boleh bantu dan itu yang kita buat sekarang ialah supaya seberapa banyak data granular yang boleh digunakan oleh syarikat-syarikat pemula untuk mencapai skala data (yang luas) tanpa berbelanja berbilion ringgit dan membangunkan aplikasi secara berperingkat,” beliau berkata demikian kepada pemberita apabila ditemui di Hari Demo Program Inovasi Digital UK-Malaysia.

Menyentuh isu monopoli Touch ‘n Go, beliau menjelaskan untuk bahagian perniagaan konsesi lebuh raya, kerajaan terlibat sama dalam peraturan dan rundingan dan sedang memperhalusi beberapa perkara.

Manakala bagi e-dompet, perniagaan itu berdasarkan jumlah dana disalurkan untuk mengembangkan syarikat serta menarik pengguna menggunakan produk mereka.

Loading...
Terkini