comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Kementerian khusus percepat transformasi digital Malaysia

Gobind Singh Deo

KUALA LUMPUR: Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia (PIKOM) menyokong penubuhan kementerian khusus untuk memantau sektor teknologi yang penting sejak sedekad lalu menerusi pelantikan Menteri Digital, Gobind Singh Deo.

Pengerusi PIKOM, Ong Chin Seong, berkata persatuan itu amat mempercayai bahawa keputusan itu adalah satu pencapaian penting dalam perjalanan digital Malaysia dan akan menyediakan fokus yang diperlukan serta sumber untuk mempercepatkan transformasi digital negara.

“Kami khususnya gembira dengan pelantikan Gobind sebagai seorang tokoh dihormati dalam industri dan memiliki pemahaman mendalam terhadap cabaran serta peluang yang kami hadapi.

“Kami telah bekerja dengan Gobind sebelum ini semasa beliau memegang jawatan kementerian terakhirnya dan pengalaman meluaskan akan menjadi bernilai untuk memacu pertumbuhan serta pembangunan sektor teknologi,” katanya dalam satu kenyataan.

Chin Seong berkata, PIKOM bersedia untuk bekerjasama rapat dengan Kementerian Digital untuk menangani keutamaan penting termasuk memperluaskan pasaran tempatan bagi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

“Kami menggesa kementerian untuk melaksanakan dasar-dasar yang menggalakkan penggunaan lebih meluas penyelesaian teknologi oleh perniagaan dan individu merentas semua sektor.

“Ini termasuklah inisiatif untuk menangani jurang kemahiran, menggalakkan celik digital dan membina ekosistem sokongan bagi inovasi,” katanya.

Beliau menambah, kerjasama juga akan meningkatkan pendigitalan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), komuniti luar bandar serta miskin bandar.

“Adalah penting untuk merapatkan jurang digital dan memastikan bahawa semua rakyat Malaysia mempunyai akses setara kepada peluang serta perkhidmatan.

“Kementerian Digital wajar mengutamakan program yang menyokong penggunaan digital oleh PKS serta menyediakan bantuan bersasar untuk meningkatkan taraf hidup golongan miskin bandar dan komuniti luar bandar menerusi keterangkuman digital,” katanya.

Loading...
Terkini