comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Kenanga Investment kekalkan unjuran TIV automotif 720,000 bagi 2023 

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengekalkan unjuran jumlah keseluruhan industri (TIV) sebanyak 720,000 unit bagi automotif untuk tahun kalendar 2023, disokong keyakinan pengguna yang kukuh dengan didorong ekonomi stabil dan pasaran kerja yang positif.

Dalam nota penyelidikan pada Rabu, bank pelaburan itu menjelaskan unjuran tersebut turut berasaskan kemampuan terhadap kenderaan motor susulan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini yang mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) tidak berubah.

Selain itu, model kenderaan baharu yang menarik dan harga kereta baharu yang stabil (susulan penangguhan peraturan duti eksais baharu), serta kos sewa beli yang berpotensi lebih murah dengan pengenalan kaedah baki dalam pengiraan caj faedah turut menyumbang kepada unjuran ini.

“Jumlah tunggakan tempahan industri kekal pada tahap yang agak baik iaitu 300,000 unit berbanding tempahan 350,000 unit pada tiga bulan lepas walaupun banyak penyerahan dibuat.

“Ini menunjukkan minat belian kukuh yang berterusan disokong oleh pelancaran model baharu yang menarik oleh peserta dan kami menjangkakan corak yang sama sepanjang tahun ini,” tambah Kenanga IB.

Bank pelaburan itu juga memaklumkan TIV Mac 2023 mencapai paras tertinggi bulanan sepanjang masa iaitu sebanyak 78,849 unit, meningkat 26 peratus bulan ke bulan dan 8.0 peratus tahun ke tahun.

Ini susulan penyerahan yang banyak dibuat sebelum tarikh akhir pendaftaran bagi menikmati pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada 31 Mac, 2023.

Ini menjadikan TIV tiga bulan kumulatif bagi tahun kalendar 2023 sebanyak 192,474 unit. seiring dengan jangkaan, jelasnya.

Loading...
Terkini