comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Kerajaan bantu syarikat pemula hingga senarai di Bursa Malaysia

FOTO: NSTP

Oleh Amanda Lopez, Afrina Romzi

KUALA LUMPUR: Kerajaan komited bantu syarikat pemula tempatan ke peringkat penyenaraian di Bursa Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ke arah itu syarikat pelaburan berkaitan kerajaan(GLIC) akan peruntuk RM1.5bilion bagi tahun 2023 bagi melabur dalam syarikat pemula tempatan.

“Saya berpeluang untuk jumpa pelbagai syarikat pemula yang berjaya seperti Carsom, Oppstar dan Farm Fresh. Pentadbiran saya komited untuk menyokong syarikat pemula tempatan yang bernilai tinggi dari peringkat awal sehingga ke peringkat penyenaraian di Bursa Malaysia.” kata beliau dalam ucap tama di Invest Malaysia hari ini.

Pemotongan cukai juga akan diberikan bagi bagi kos penyenaraian bagi syarikat yang ingin senarai di Pasaran ACE, LEAP serta saham teknologi di Papan Utama Bursa Malaysia.

Syarikat tersenarai juga dibenarkan terbit saham “Dual Class”

Kata beliau, kerajaan ingin memastikan syarikat pemula yang berjaya ini mempunyai akses pembiayaan sehingga ke peringkat akhir dalam Malaysia agar mereka tidak perlu senarai di bursa luar negara.

Loading...
Terkini