comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] PM tubuh Jawatankuasa Penasihat Dasar kepada Perdana Menteri – PMO


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Dasar kepada Perdana Menteri untuk memberi khidmat nasihat terkait soal pembangunan negara dan daya tahan ekonomi sejajar dengan Ekonomi MADANI.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan hari ini berkata, jawatankuasa akan dipengerusikan oleh Tan Sri Mohd Hassan Marican dan turut dianggotai oleh Datuk Ahmad Fuad Md Ali, Profesor Dr Yeah Kim Leng dan Dr Nungsari Ahmad Radhi.

FOTO: FAIL NSTP

Penubuhan jawatankuasa itu adalah susulan berakhirnya tempoh Jawatankuasa Penasihat kepada Menteri Kewangan (ACFIN) pada Februari 2024 yang dipengerusikan oleh Tan Sri Mohd Hassan Marican.

“Cadangan yang dikemukakan oleh ACFIN telah mendapat pertimbangan sewajarnya dan sebahagian daripadanya kini dalam proses pelaksanaan,” katanya.

PMO berkata, jawatankuasa yang dilantik itu tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini