comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Kerajaan perkenal e-invois, TIN  untuk atasi ekonomi bayangan

Ahmad pada majlis pelancaran Perkhidmatan Pertukaran Syiling KOCEK di Kuala Lumpur hari ini -Foto: NSTP

Oleh: Aderena Nelesa

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengambil inisiatif dengan memperkenalkan nombor pengenalan cukai (TIN) dan e-invois untuk mengurangkan saiz ekonomi bayangan yang merangkumi aktiviti ekonomi bayangan.

la termasuk sektor formal tidak didaftarkan seperti perniagaan dalam talian, urus niaga tunaI tanpa rekod dan pekerja sambilan yang tidak melaporkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Ahmad Maslan, berkata pada tahun 2000 hingga 2009, saiz ekonomi bayangan adalah 30.2 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Manakala, bagi tempoh 2010 hingga 2019, ia dianggarkan pada 21.2 peratus.

Peratusan ekonomi bayangan turun kepada 21.2 peratus dalam tempoh 2010 hingga 2019, kerana Malaysia melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dari 2015 hingga 2018.

“Bagaimana cara kita nak kurangkan ekonomi bayangan dengan kaedah tanpa GST? Caranya adalah seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 tentang pelaksanaan e-invois dan juga TIN yang telah dilaksanakan pada 2022″ katanya kepada media selepas merasmikan Perkhidmatan Pertukaran Syiling Kocek (Kocek).

Beliau berkata, setiap warganegara dan pemastautin tetap yang mencapai umur 18 tahun akan diberikan TIN secara automatik. Pelbagai dokumen borang pencukaian seperti penyeteman dokumen rasmi akan diwajibkan mempunyai TIN.

Kerajaan juga akan melaksanakan e-Invois secara berperingkat mulai tahun hadapan berdasarkan nilai ambang jualan perniagaan. E-Invois merupakan suatu mekanisme baharu untuk meningkatkan kecekapan pentadbiran cukai negara dan seterusnya meningkatkan pematuhan cukai.

Ini adalah sebahagian inisiatif terkini kerajaan dalam usaha meluaskan jaringan pembayar cukai.

Loading...
Terkini