comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Kerajaan perlu pastikan FDI yang diluluskan, direalisasi – Johari Ghani

Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani. – FOTO : NSTP

KUALA LUMPUR: Kerajaan harus memastikan pelaburan langsung asing, FDI yang diluluskan, dapat direalisasikan dalam tempoh masa ditetapkan.

Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, perkara itu perlu diberi perhatian khusus agar negara tidak kehilangan sumber pelaburan di masa hadapan.

“Sebahagian daripada fdi ini investor datang kita bila bagi dia approval insentif pun after kita nego dan approved. saya rasa kena letakkan jangka masa bila dia nak start.

“Once dia dah start dah pecah tanah dah construct that one dia take 4 years that sokay considered done. tapi tida tak boleh pegang approval ini kemudian dia cerita tahun 2026 2027 baru nak start kita punya tax system kadang bertukar, ” katanya yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata demikian, pada sesi penggulungan perbahasan Rang Undang Undang Perbekalan 2024 Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri di Parlimen hari ini.

Negara telah meluluskan RM132.6 bilion dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan utama, bagi tempoh 6 bulan pertama tahun ini.

Ia melibatkan 52.2% pelaburan domestik manakala FDI pada 47.8%.

Loading...
Terkini