comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Cadangan papar nama MP ponteng: Wajar, perlu ada tatacara – Johari Abdul Ghani

 

Oleh : Siti Khadijah Jaafar 

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani bersetuju dengan cadangan untuk memaparkan nama Ahli Parlimen yang sengaja ponteng sidang Parlimen di laman sesawang Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, menurut beliau, kaedah pelaksanaannya perlu diperjelas serta mengambil kira keadaan atau tugasan eksekutif seseorang Ahli Parlimen.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyampaikan sumbangan sempena Deepavali bagi Parlimen Titiwangsa di Dewan Yayasan Bena Nusa, Kuala Lumpur. – Foto: NSTP

“Saya setuju. Tapi sebenarnya kita nak siar ini siapa dan macam mana, yang paling penting kita nak pastikan bahawa ada menteri, timbalan menteri. Mereka ini bekerja di jawatan eksekutif.

”Menteri, timbalan menteri kadang tak kesempatan datang di Parlimen pagi, ada urusan dan sebagainya dan kalau saya nampak kalau dia ada masa dia akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan Deepavali kepada masyarakat India di Parlimen Titiwangsa,  hari ini.

Ditanya sama ada pengumuman dibuat Speaker itu sebagai amaran kepada pembangkang, beliau berkata,  ia bertujuan untuk menjaga kedua-dua pihak kerana semua ahli parlimen mempunyai tanggungjawab untuk hadir sidang Dewan Rakyat.

“Tapi kalau ada tugasan pada hari itu ada, tugasan dia. Kalau dia nak minta excuse speaker, dia akan beritahu speaker.

”Selalunya siapa yang tidak ada dia akan beritahu speaker dia tak hadir hari ini kerana pergi luar negara ke, kena apa ini, ada misi tertentu ke macam syaratlah yang ada. Jadi, speaker mesti diberitahu,” katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul semalam mengenai cadangan untuk memaparkan nama Ahli Parlimen yang ponteng di laman web Dewan Rakyat supaya pengundi kawasan Parlimen mereka cakna mengenai perkara terbabit.

Ia antara penambahbaikan yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan kehadiran Ahli Parlimen  pada sidang Dewan Rakyat kerana mereka mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap pengundi dan kawasan Parlimen yang diwakili.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini