comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Keuntungan bersih suku pertama TK2023 Affin Bank meningkat kepada RM148.98 juta

KUALA LUMPUR: Affin Bank Bhd mencatatkan keuntungan bersih tinggi sebanyak RM148.98 juta dalam suku pertama berakhir 31 Mac, 2023, berbanding RM142.68 juta yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lepas.

Bagaimanapun, hasil susut kepada RM494.29 juta daripada RM528.82 juta sebelumnya, kata bank itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

“Jumlah pinjaman, pendahuluan dan pembiayaan kumpulan meningkat sebanyak 14.3 peratus tahun ke tahun kepada RM61.2 bilion, disumbang terutamanya daripada pertumbuhan 22.4 peratus dalam segmen perbankan komuniti yang mana pinjaman perumahan berkembang sebanyak 23.3 peratus manakala pinjaman kewangan auto naik sebanyak 16.8 peratus,” katanya dalam satu kenyataan berasingan.

Mengenai deposit, Affin Bank berkata baki akaun semasa dan akaun simpanan (CASA) berjumlah RM14.7 bilion bagi Suku Pertama 2023, menyumbang kepada nisbah CASA sebanyak 22.33 peratus.

Deposit pelanggan kumpulan itu meningkat sebanyak 5.8 peratus tahun ke tahun kepada RM65.9 bilion pada 31 Mac, 2023, apabila inisiatif CASA terus memberikan hasil yang positif, katanya.

Presiden dan ketua pegawai eksekutif kumpulannya Datuk Wan Razly Abdullah berkata bank itu akan meneruskan strategi tiga tahunnya, Pelan A25, yang memfokuskan kepada tiga objektif strategik — perkhidmatan pelanggan yang cemerlang, penerajuan digital dan perbankan bertanggungjawab yang berimpak, dengan sasaran untuk mencapai pulangan ke atas ekuiti sebanyak 10 peratus menjelang 2025.

BERNAMA

Loading...
Terkini