comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Khazanah buka semula pasaran sukuk dolar AS, bon Malaysia

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd berjaya menetapkan harga bagi penawaran senior dwi-bahagian (dual-tranche) bernilai AS$1.5 bilion yang terdiri daripada sukuk AS$750 juta untuk jangka lima tahun yang matang pada tahun 2028 dan bon konvensional AS$750 juta untuk jangka 10 tahun yang matang pada 2033.

Terbitan itu menandakan sukuk dan bon korporat dalam dolar Amerika Syarikat (AS) yang pertama bagi Khazanah daripada Program Terbitan Sukuk Pelbagai Mata Wang AS$5.0 bilion yang baru ditubuhkan dan Program Nota Jangka Sederhana Euro AS$10.0 bilion, melalui syarikat-syarikat tujuan khas milik penuhnya, Khazanah Global Sukuk Bhd dan Khazanah Capital Ltd (penerbit).

Terbitan terakhir Khazanah ialah sukuk tidak dinilai taraf AS$1.0 bilion pada 2021.

Sekuriti itu telah dilancarkan pada petunjuk harga awal 135 mata asas (bps) sepanjang tempoh lima tahun hasil Perbendaharaan AS untuk sukuk lima tahun dan 160 bps sepanjang tempoh 10 tahun hasil Perbendaharaan AS untuk bon konvensional 10 tahun.

Urus niaga itu mendapat permintaan tinggi dan menarik lebih 200 pelabur di merentasi Asia, Eropah dan Timur Tengah, dengan lebihan langganan lebih daripada tujuh kali.

Harga langganan mencapai kemuncak pada AS$12 bilion, menyebabkan Khazanah menyemak semula pentunjuk harga dengan lebih ketat kepada 93 bps dan 118 bps, menerbitkan sekuriti masing-masing pada 4.687 peratus dan 4.876 peratus.

Sekuriti itu bakal disenaraikan di Bursa Malaysia Securities Bhd (di bawah Rejim Pengecualian), Labuan International Financial Exchange Inc (LFX) dan Singapore Exchange Securities Trading Limited (SGX-ST).

Loading...
Terkini