comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Khazanah tak terlibat proses jual Kidzania Singapore

FOTO: Kidzania Singapura

KUALA LUMPUR: Pengendali taman tema berpangkalan di Singapura, Sim Leisure Group yang mengambil alih Kidzania Singapore menjelaskan Khazanah Nasional Bhd tidak terbabit dalam proses penjualan taman tema itu.

KidZania Singapore adalah aset gagal yang ditutup pada 2020 dan menjadi penerima di bawah pelikuidasi Singapura, yang mana Sim Leisure Group membeli aset tidak alih itu.

Ia mengambil bidaan daripada pelikuidasi untuk aset tidak alih KidZania Singapore pada kemuncak pandemik menjelang akhir 2020 dan kemudian mengambil masa dua tahun untuk merundingkan pajakan bagi kemudahan itu dengan Sentosa Development Corp.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi mengulas dakwaan bahawa ia telah memperoleh KidZania Singapore pada ‘harga tidak munasabah’ sebanyak SG$110,000 (RM380,000), apabila Khazanah dan Boustead Holdings Bhd, menerusi entiti usaha samanya, Riang Ria Pte Ltd sebelum ini memiliki KidZania Singapore telah melabur S$48 juta ke KidZania, yang dibuka pada Julai 2016 di Pulau Sentosa.

Riang Ria dimiliki 80 peratus oleh cabang riadah dan pelancongan Khazanah, Destination Resorts & Hotels Sdn Bhd dan 20 peratus oleh Boustead Curve Sdn Bhd milik penuh Boustead.

Sim Leisure Group menjelaskan, ia mengambil risiko besar dalam membida aset itu kerana ia tidak dapat memeriksanya secara fizikal kerana negara itu berada dalam sekatan dan kawalan pergerakan dan mereka tidak boleh melakukan perjalanan, jadi keadaan aset KidZania Singapore dan kos pengubahsuaiannya tidak diketahui pada masa itu.

Loading...
Terkini