comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Khazanah, KWSP akan labur RM1.5bilion dalam syarikat pemula

KUALA LUMPUR: Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melabur dalam syarikat-syarikat pemula tempatan yang inovatif dan berpertumbuhan tinggi dengan nilai pelaburan RM1.5 bilion.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dengan nilai terkumpul GLC dianggarkan mencecah RM50 bilion tahun ini, peranan GLC dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) amat besar sebagai nadi penggerak ekonomi negara.

“Kerajaan bercadang melanjutkan potongan cukai sehingga RM1.5 juta ke atas perbelanjaan penyenaraian di Pasaran ACE dan pasaran Platform Pemecut Usahawan utama (LEAP) sehingga tahun taksiran 2025.

“Potongan cukai turut meliputi kos penyenaraian syarikat berasaskan teknologi di Pasaran Utama Busa Malaysia,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Perdana Menteri, agensi-agensi kerajaan juga katanya akan terus meningkatkan ruang modal serta menarik minat bakat tempatan dalam sektor berinovasi tinggi.

“(Sejumlah) RM40 juta disediakan di bawah Malaysia Coinvestment Fund (MyCIF) sebagai dana padanan yang menyokong kaedah pendanaan alternatif. Ini akan menjadikan ketersediaan dana terkumpul di bawah MyCIF berjumlah RM300 juta,” kata beliau.

Selain itu, beliau berkata Suruhanjaya Sekuriti juga akan memudahkan lebih banyak pasaran kedua bagi instrumen pasaran swasta untuk meningkatkan kecairan dan membolehkan penemuan harga yang lebih baik.

Malah, bagi menggalakkan penyenaraian syarikat teknologi berpertumbuhan tinggit tempatan, kerajaan akan membernarkan penerbitan saham diwkelas, kata Anwar.

BERNAMA

Loading...
Terkini