comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

MRANTI umum CEO letak jawatan

Dzuleira Abu Bakar

KUALA LUMPUR: Lembaga Pengarah Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) mengumumkan peletakan jawatan Dzuleira Abu Bakar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

Menurut agensi berkenaan dalam satu kenyatan hari ini, Dzuleira menyatakan hasrat peletakan jawatannya kerana memutuskan untuk meneroka peluang kerjaya lain walaupun kontraknya telah diperbaharui awal tahun ini.

Katanya, Dzuleira akan terus berkhidmat di MRANTI sehingga awal September ini.

“Dzuleira pertama kali dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) dan kemudian dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Technology Park Malaysia (TPM) untuk menerajui penggabungan MaGIC dan TPM, yang menjurus kepada penubuhan MRANTI.

“Ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan yang lebih besar untuk menyusun semula dan menyatukan agensinya untuk memastikan mereka berada pada kedudukan yang baik untuk melaksanakan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) dan Rangka Kerja Inovasi Teknologi Sains dan Pembangunan Ekonomi Malaysia (MySTIE 10-10).

“Lembaga Pengarah MRANTI mengiktiraf dedikasi Dzuleira, kepimpinan cemerlang dan sumbangan yang tidak ternilai beliau selama ini. Sepanjang masa ini, beliau telah meningkatkan keterlihatan dengan berkesan dan nilai teknologi dan inovasi Malaysia dengan menangani isu-isu masyarakat dan sektor tempatan dan global,” katanya.

Loading...
Terkini