comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Pelabur asing jual ekuiti bernilai RM151 juta minggu lalu

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Pelabur asing mencatat aliran keluar menerusi penjualan saham bernilai RM151.11 juta di Bursa Malaysia dalam minggu dagangan singkat yang berakhir pada 20 April, 2023, kata MIDF Research.

Dalam laporan aliran dananya bagi minggu lepas, cabang penyelidikan MIDF Amanah Investment Bank Bhd itu berkata pelabur asing melakukan penjualan saham berjumlah RM22.82 juta pada Selasa, RM93.57 juta pada Rabu dan RM68.83 juta pada Khamis.

“Isnin lepas menjadi satu-satunya hari yang mencatat aliran masuk bersih berjumlah RM34.11 juta dengan tiga saham utama menjadi sasaran belian pelabur iaitu RHB Bank (RM12.1 juta), Pentamaster (RM8.1 juta) dan Fraser & Neave Holdings (RM7.0 juta),” katanya.

MIDF Research berkata sektor dengan aliran keluar paling ketara adalah perkhidmatan kewangan (RM139.5 juta), teknologi (RM44.8 juta) dan utiliti (RM15.7 juta).

Selain itu, tiga sektor utama yang menyaksikan aliran masuk bersih asing pada minggu lepas adalah telekomunikasi dan media (RM44.4 juta), penjagaan kesihatan (RM18.4 juta) serta produk dan perkhidmatan pengguna (RM9.7 juta).

“Setakat tahun ini, warga asing menjual ekuiti Malaysia secara bersih selama 10 minggu daripada 16 minggu yang berjumlah RM1.93 bilion,” katanya.

Loading...
Terkini