comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Pelabur asing terus berminat beli saham tempatan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Minat kalangan pelabur asing terhadap ekuiti Malaysia berlarutan selama tiga minggu berturut-turut apabila mereka membeli bersih saham bernilai RM165.3 juta di Bursa Malaysia minggu lalu.

Menurut penyelidikan oleh MIDF Amanah Investment Bank Bhd, pasaran utama mencatatkan kenaikan pada minggu terakhir 2023, dirangsang oleh unjuran dasar pertengahan Disember oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) yang menunjukkan penurunan kadar yang ketara bagi tahun ini.

Menerusi Laporan Aliran Dana mingguan, bank pelaburan itu menjelaskan semasa minggu dagangan singkat (Isnin ialah cuti perayaan Krismas), pelabur asing membeli bersih ekuiti bernilai RM85.2 juta pada Rabu dan RM187.9 juta pada Khamis namun menjual bersih nilai ekuiti bernilai RM50.3 juta pada Selasa dan RM57.5 juta pada Jumaat.

“Bagi minggu itu, tiga sektor teratas dengan aliran masuk asing bersih tertinggi ialah teknologi (RM213.1 juta), tenaga (RM45 juta) serta produk dan perkhidmatan perindustrian (RM37 juta),” tambahnya.

Sementara itu, tiga sektor teratas dengan aliran keluar asing bersih tertinggi ialah perkhidmatan kewangan (RM93.5 juta), penjagaan kesihatan (RM59.8 juta) dan pembinaan (RM27.8 juta).

Bagi Disember 2023, pelabur asing membeli bersih untuk bulan kedua berturut-turut pada RM256.1 juta (November 2023: RM1.55 bilion).

Bagi pelabur institusi tempatan, mereka terus menjual bersih bagi minggu kedua berturut-turut pada RM189.6 juta, iaitu 77.7 peratus lebih tinggi daripada minggu sebelumnya.

“Mereka bersih membeli RM21 juta pada Selasa dan RM58.9 juta pada Jumaat namun menjual bersih RM66.9 juta pada Rabu dan RM202.7 juta pada Khamis,” jelasnya.

Loading...
Terkini