comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Perbelanjaan pelancongan domestik melonjak kepada RM59.2 bilion pada 2022

Foto hiasan

PUTRAJAYA: Pelancongan domestik di Malaysia mencatatkan prestasi memberangsangkan pada 2022 apabila merekodkan  lonjakan dalam jumlah perbelanjaan kepada RM59.2 bilion daripada RM17.5 bilion pada 2021, menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.

Laporan DOSM itu adalah berdasarkan Akaun Satelit Pelancongan (ASP) yang dikeluarkan hari ini dan ASP merupakan suatu kerangka statistik untuk mengukur perkembangan industri pelancongan serta  sumbangannya kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata peningkatan perbelanjaan pelancongan domestik pada 2022 menunjukkan peningkatan ketara dalam tiga komponen utama iaitu membeli-belah sebanyak 42.1 peratus, makanan dan minuman 16.4 peratus dan bahan api kenderaan (14.9 peratus).

Bagi perbelanjaan pelancongan antarabangsa, beliau dalam kenyataan hari ini berkata ia turut menunjukkan peningkatan signifikan iaitu sebanyak RM33.4 bilion berbanding RM0.5 bilion pada 2021.

“Prestasi yang memberangsangkan itu adalah susulan pembukaan semula sempadan negara kepada pelancong antarabangsa pada 1 April 2022, penghapusan keperluan kuarantin dan ujian saringan COVID-19 ketika tiba di Malaysia mulai 1 Ogos 2022,” katanya.

Loading...
Terkini