comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Permohonan pinjaman bank susut sejak tiga bulan lalu

KUALA LUMPUR: Permohonan pinjaman bank seperti rumah, kad kredit dan peribadi termasuk perniagaan susut sejak tiga bulan lalu dari 22 November 2022 hingga 23 Januari 2023 pada kadar dua angka.

Penganalisis CGS-CIMB, Winson Ng, berkata pertumbuhan pinjaman isi rumah menyederhana daripada 5.9 peratus tahun ke tahun pada 22 Disember 2022 kepada 5.6 peratus pada akhir 23 Januari lalu.

Beliau berkata, kelembapan itu terutamanya disebabkan oleh segmen pinjaman peribadi yang susut daripada 2.7 peratus (22 Disember 2022) kepada 2.4 peratus (23 Januari) serta kad kredit dari 14.9 peratus kepada 14.2 peratus dalam tempoh sama.

Sementara itu, katanya momentum gadai janji kediaman juga berkurangan sedikit daripada 6.9 peratus kepada 6.8 peratus, tetapi pinjaman kereta mengatasi trend dengan pengembangan lebih luas sebanyak 7.8 peratus berbanding 7.6 peratus dalam tempoh sama.

“Permohonan pinjaman industri perbankan telah menguncup dengan kadar dua angka dalam tiga bulan lalu. Permohonan pinjaman yang ditolak pula sebanyak 13.2 peratus pada 23 Januari, walaupun lebih kecil daripada kejatuhan 16 peratus pada 22 Disember.

“Permohonan pembiayaan untuk pembelian barangan berharga tinggi seperti pinjam perumahan susut sebanyak 30.2 peratus dan sewa beli kenderaan susut 5.4 peratus.

“Sementara itu, permohonan untuk pinjaman modal kerja tidak berubah pada 23 Januari,” katanya dalam satu nota penyelidikan, semalam. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini