comscore
Tumpuan :
Artikel

Wanita Hamil Didakwa Tipu Jual Rumah PR1MA Tidak Wujud RM11,650

ALOR GAJAH: Seorang wanita hamil mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua tuduhan menipu jualan rumah di bawah projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia, (PR1MA), bernilai 11,650 ringgit, februari lalu.

Tertuduh, Farizirah Safarizan, 22, membuat pengakuan itu sejurus kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Bahiyah Kamaluddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memperdayakan seorang juruteknik dan tukang masak, masing-masing berusia 37 dan 32 tahun dengan menawarkan dua unit rumah residensi PR1MA A Famosa di Alor Gajah.

Tindakan itu mengakibatkan kedua-dua mangsa memindahkan wang masing-masing-masing sebanyak RM5,500 dan RM6,350 sebagai deposit ke dalam akaun milik tertuduh.

Perbuatan dilakukan tertuduh di kawasan pembinaan residensi PR1MA A Famosa dan Kampung Durian Terung, Air Paabas, antara Disember 2021 hingga Februari 2022.

Ibu kepada dua anak itu didakwa di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara selama 10 tahun, denda dan sebat jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan.

23 September depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Loading...
Terkini