comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit cecah paras tertinggi setahun berbanding rupiah

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR — Ringgit meningkat mencecah paras harian tertinggi dalam tempoh setahun berbanding rupiah Indonesia iaitu 3,460.20 bagi setiap RM1 pada Rabu.

Paras terendah ringgit berbanding rupiah pada tahun ini dicatat pada 17 Oktober lalu iaitu apabila mata wang tempatan susut ke paras 3,260.3 setiap RM1.

Ringgit secara umumnya mencatat pengukuhan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang serantau sejak minggu lalu selepas pengumuman Indeks Harga Pengguna di negara maju itu memberikan harapan kenaikan kadar faedah secara agresif mungkin akan dihentikan selepas ini.

Sementara itu, keyakinan meningkat bahawa Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) akan meredakan ketidakstabilan politik yang dialami negara ini sejak pilihan raya sebelum ini pada 2018, dengan pengundi muda dijangka menjadi penentu pada pilihan raya kali ini.

Dalam pada itu juga, ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan paling tinggi dalam tempoh lima suku pada suku ketiga lalu sebanyak 14.2 dalam keadaan permintaan domestik yang kukuh berikutan peningkatan selanjutnya dalam pasaran buruh serta rangsangan yang berterusan.

Rupiah Indonesia melemah di bawah 15,600 berbanding dolar AS pada Rabu selepas mengukuh melebihi 15,500 minggu lalu kerana mata wang AS lebih kukuh di tengah-tengah permintaan untuk aset selamat.

Ia berikutan letupan di Poland telah mencetuskan kebimbangan mengenai ketegangan geopolitik yang semakin meningkat di Eropah.Perkembangan itu mencuri sedikit tumpuan daripada mesyuarat dasar monetari Bank Indonesia semalam.

Dari segi perdagangan, data awal minggu ini menunjukkan bahawa eksport dan import mencatatkan pertumbuhan paling rendah dalam tempoh 20 bulan pada Oktober di tengah-tengah permintaan asing yang sederhana disebabkan oleh inflasi yang tinggi di peringkat global, kebangkitan semula jangkitan COVID-19 di beberapa negara khususnya China dan penurunan harga komoditi.

Sementara itu, data minggu lalu menunjukkan rizab pertukaran asing Indonesia turun ke paras terendah sejak Mei 2020, ketika bank pusat meneruskan usahanya untuk mengawal mata wang tempatan. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini