comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS menjelang mesyuarat FOMC

Foto hiasan

KUALA LUMPU: Nilai ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini menjelang pengumuman kadar faedah oleh Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada Rabu.

Memandangkan Rizab Persekutuan AS dijangka menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas lagi, pelabur menantikan kenyataan yang disertakan untuk mengukur prospek masa hadapan bagi kadar faedah.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.5705/5740 berbanding dolar AS daripada 4.5640/5690 pada penutup hari Isnin.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kenaikan kadar yang dijangkakan akan memberi kelebihan kepada dolar AS kerana perbezaan antara Kadar Dana Persekutuan dan kadar dasar semalaman (OPR) diunjur untuk terus melebar, sekali gus menjadikan aset AS lebih menarik.

“Bagaimanapun, bacaan indeks pengurus pembelian (PMI) terkini untuk pelbagai bidang kuasa adalah lebih rendah khususnya untuk sektor pembuatan AS, menunjukkan pengilang semakin berhati-hati tentang prospek perniagaan mereka,” katanya.

Di pasaran tempatan, Mohd Afzanizam berkata Bank Negara Malaysia (BNM) mungkin mengekalkan OPR stabil pada 3.00 peratus sepanjang tahun kerana kadar faedah sebenar telah bertukar positif untuk bulan kedua berturut-turut kepada 0.6 peratus.

“Bacaan indeks harga pengguna (IHP) terkini untuk Malaysia turun kepada 2.4 peratus pada Jun, menunjukkan bahawa dasar monetari tidak terlalu akomodatif,” katanya.
Beliau menjangkakan ringgit akan bergerak dalam julat antara 4.56 dan 4.57 berbanding dolar AS hari ini.

Loading...
Terkini