comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Nilai ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga pagi ini rendah berbanding dolar AS apabila prestasi mata wang AS terus mengukuh, kata seorang penganalisis.

Pada 9.05 pagi, unit tempatan menyusut nilai kepada 4.6990/7045 berbanding dolar AS daripada penutupan Jumaat lepas 4.6930/6970.

“Dolar AS diniagakan lebih kukuh sedikit pada hujung minggu dan pasaran menjangkakan kecenderungan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat untuk menaikkan kadar faedah terus memacu pasaran mata wang,” kata rakan kongsi pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes kepada Bernama.

Namun begitu, ringgit diniagakan lebih baik berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.1400/1439 daripada 3.1482/1511 pada penutupan dagangan Jumaat minggu lepas, meningkat berbanding euro untuk mencapai paras 4.9654/9712 daripada 4.9802/9845 dan tinggi berbanding pound Britain kepada 5.7300/7367 daripada 5.7522/7571 sebelumnya.

Sementara itu, unit tempatan diniagakan tinggi berbanding mata wang Asia yang lain. – BERNAMA

Loading...
Terkini