comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit dibuka rendah, permintaan beralih kepada dolar AS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga pagi ini rendah berbanding dolar AS apabila pelabur beralih kepada mata wang dolar yang dikira lebih selamat di tengah-tengah peningkatan konflik di Timur Tengah.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.7365/7305 berbanding dolar AS daripada penutupan Jumaat pada 4.7260/7305.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata konflik itu boleh memberi manfaat kepada dolar AS .

“Selain itu, kami berpandangan bahawa Belanjawan 2024 memberikan impak positif berikutan komitmen kerajaan untuk konsolidasi fiskal.“Ini baik untuk ringgit dalam jangka sederhana.

Buat masa ini, kami menjangkakan ketidaktentuan yang berterusan, didorong oleh peristiwa luaran,” kata Mohd Afzanizam kepada Bernama.

Sementara itu, rakan kongsi pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata memandangkan tumpuan peserta pasaran terus terarah ke Timur Tengah, dolar AS seharusnya kekal utuh minggu ini.

“Dan walaupun harga tenaga yang lebih tinggi tidak begitu memberangsangkan untuk kebanyakan negara dan mata wang Asia, ringgit mungkin agak terlindung disebabkan oleh harga gas asli yang lebih tinggi,” kata Innes.

Namun begitu, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Loading...
Terkini