comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit dibuka susut berbanding dolar AS 

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pasaran menunggu lebih banyak petunjuk, termasuk pengumuman keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku pertama negara maju itu dalam usaha mendapatkan prospek mengenai kadar faedah di masa depan, kata penganalisis.

Selain KDNK yang akan diumumkan pada 25 April, data Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) Persekutuan AS bagi Mac akan dikeluarkan pada 26 April manakala Indeks Pengurus Pembelian pembuatan dan perkhidmatan S&P bagi April akan diumumkan pada lewat hari ini.

Pada 9 pagi, ringgit susut ke paras 4.7780/7810 berbanding dolar AS daripada 4.7750/7785 pada akhir urus niaga semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data-data yang bakal diumumkan itu serta mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS pada minggu depan, terus mempengaruhi sentimen dalam pasaran tukaran asing.

Beliau berkata minyak mentah Brent meningkat sedikit kepada US$87 setong susulan krisis di Timur Tengah yang kian mereda manakala Indeks Dolar AS dalam julat 106.088 mata.

“Atas alasan itu, kadar tukaran asing dolar AS/ringgit diunjur kekal stabil pada paras semasa,” katanya.

Selain itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ringgit rendah berbanding yen Jepun kepada 3.0868/0889 daripada 3.0852/0877 pada akhir urus niaga semalam, susut berbanding pound Britain kepada 5.9027/9064 daripada 5.8938/8981 manakala berbanding euro, unit tempatan itu menguncup kepada 5.0929/0961 daripada 5.0859/0896 sebelumnya.

Dalam pada itu, ringgit turut diniagakan rendah berbanding mata wang Asean.

Ia meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8891/9021 daripada 12.9044/9198 namun susut berbanding dolar Singapura kepada 3.5094/5118 daripada 3.5041/5069.

Ringgit juga rendah sedikit berbanding peso Filipina kepada 8.30/8.32 daripada 8.29/8.31 dan turun berbanding rupiah Indonesia pada 294.1/294.6 daripada 293.9/294.4.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini