comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Rabu berikutan pelabur global menerima berita pasaran yang memberi petunjuk bercampur-campur mengenai tindakan Rizab Persekutuan (Fed) AS yang seterusnya, kata Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.7200/4.7250 berbanding dolar AS daripada 4.7215/7255 semalam.

“Indeks Dolar AS (DXY) terus meningkat berikutan Fed dilihat berbeza berhubung kadar kenaikan kadar faedah susulan bank pusat lain nampaknya telah mencapai kadar terminal mereka,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata peningkatan mendadak hasil Perbendaharaan AS untuk tempoh 10 tahun — naik 12 mata asas kepada 4.80 peratus — menunjukkan premium inflasi terus meningkat.

“Oleh itu, kami menjangka ringgit akan kekal pada kecenderungan rendah,” katanya.

Loading...
Terkini