comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit ditutup rendah susulan jangkaan AS naikkan kadar faedah

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit mengakhiri sesi urus niaga minggu ini pada Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika unit negara maju itu terus mengukuh berbanding mata wang lain dalam tempoh 24 jam lepas.

Pada 6 petang, ringgit susut ke paras 4.7260/7305 berbanding dolar AS daripada 4.7090/7140, semalam.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ini turut didorong oleh jangkaan kebanyakan pelabur bahawa AS akan menaikkan lagi kadar faedahnya.

Unit tempatan itu meningkat berbanding pound Britain kepada 5.7615/7670 daripada 5.7925/7987 pada Khamis, naik berbanding euro kepada 4.9760/9807 daripada 5.0005/0058 namun susut berbanding yen kepada 3.1582/1615 daripada 3.1572/1614.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asia lain, termasuk mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.4522/4559 daripada 3.4556/4598 semalam.

Loading...
Terkini