comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Nilai ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, disokong oleh permintaan sederhana untuk mata wang domestik.

Pada 9.22 pagi, ringgit tempatan menambah nilai kepada 4.6825/6860 berbanding dolar AS daripada penutupan Jumaat pada 4.6865/6920.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid menjangkakan ringgit akan berada dalam julat yang sempit hari ini kerana mod penghindaran risiko mungkin menyokong dolar AS dengan baik.

“Kita berpotensi berhadapan dengan penutupan pentadbiran kerajaan AS kerana Kongres perlu membuat keputusan minggu ini berhubung percanggahan pendapat mengenai rang undang-undang perbelanjaan. Bagaimanapun, PMI terkini untuk September nampaknya menunjukkan terdapat sedikit peningkatan dalam sentimen perniagaan.

Gandingan dolar AS/ringgit dijangka diniagakan antara RM4.67 hingga RM4.68 hari ini.

Sementara itu, ringgit didagangkan kebanyakan tinggi berbanding mata wang utama yang lain.

Mata wang tempatan lemah berbanding euro pada 4.9869/9906 daripada penutupan Jumaat minggu lepas 4.9860/9918 tetapi meningkat berbanding pound Britain pada 5.7342/7385 daripada 5.7372/7439 dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.1560/1585 daripada 3.1593/1632 sebelumnya.

Pada masa sama, ringgit bercampur-campur berbanding mata wang Asean yang lain.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding baht Thai kepada 12.0345/0493 daripada 13.0119/0322 pada Jumaat dan tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 304.5/304.9 daripada 304.7/305.3 sebelumnya.

Berbanding peso Filipina, ringgit ialah pada 8.24/8.25 daripada 8.25/8.26 dan meningkat berbanding dolar Singapura pada 3.4296/4325 daripada 3.4313/4359 Jumaat lepas.

— BERNAMA

Loading...
Terkini