comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit dibuka tinggi, nilai dolar AS lemah

Foto hiasan

​​​​​​​KUALA LUMPUR: Nilai ringgit terus meningkat untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan Selasa selepas nilai dolar AS merosot sementara hasil Perbendaharaan negara itu juga lebih rendah, kata seorang penganalisis.

Pada 9.02 pagi, ringgit menambah nilai kepada 4.6700/6755 berbanding dolar AS daripada 4.6785/6830 pada penutup Isnin.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata hasil Perbendaharaan AS dua tahun dan 10 tahun masing-masing turun sebanyak 6.0 mata asas (bps) dan 8.0 mata asas untuk ditutup pada 4.89 peratus dan 4.39 peratus.

Begitu juga, Indeks Dolar AS (DXY) yang turun 0.19 peratus kepada 103.211 mata.

“Sementara itu, lelongan untuk nota dua tahun dan lima tahun telah mendapat sambutan baik daripada pelabur dan ini menunjukkan prospek positif untuk pasaran pendapatan tetap,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Afzanizam berkata ringgit berbanding dolar AS dijangka disokong baik dan diunjur berlegar pada paras RM4.67 hingga RM4.68 hari ini.

Dalam sesi dagangan awal, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain. – BERNAMA

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini