comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit dibuka tinggi,4.685 berbanding dolar AS 

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan permintaan terhadap dolar AS menyusut, manakala hasil Perbendaharaan AS juga merosot, kata penganalisis.

Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6850/6910 berbanding dolar AS daripada 4.6695/6755 sewaktu ditutup pada Khamis.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Tuntutan Pengangguran AS meningkat kepada 220,000 minggu lepas berbanding 218,000 sebelum ini, yang menunjukkan bahawa pasaran buruh AS semakin perlahan, sekali gus menyebabkan Rizab Persekutuan AS dijangka mengekalkan kadar faedah stabil pada bulan depan.

“Hasil Perbendaharaan AS untuk dua tahun dan 10 tahun masing-masing mencatatkan 7.0 dan 9.0 mata asas lebih rendah kepada 4.84 peratus dan 4.44 peratus, manakala Indeks Dolar AS (DXY) pada kadar stabil iaitu 104 mata.

“Sehubungan itu, ringgit sewajarnya berada pada trajektori positif hari ini,” kata Mohd Afzanizam kepada Bernama.

Di dalam negara, beliau menjangka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku ketiga 2023 yang akan diumumkan hari ini — pada 3.0 peratus, lebih baik berbanding 2.9 peratus pada suku kedua 2023.

“Ini terutamanya berdasarkan langkah perbelanjaan yang berhati-hati dalam kalangan pengguna selain permintaan luaran yang lemah akan menyebabkan KDNK berkembang pada tahap sederhana,” katanya.

BERNAMA

Loading...
Terkini