comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit ditutup mendatar berbanding dolar AS ekoran kekurangan pemangkin

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi hari kedua berturut-turut pada Selasa, berikutan kekurangan pemangkin baharu, kata penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan kekal tidak berubah pada 4.6465/6495 berbanding dolar daripada 4.6465/6510 ketika ditutup pada Isnin.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit bergerak di antara RM4.6453 dengan RM4.6518 memandangkan pasaran mencari hala tuju lebih jelas mengenai kadar faedah AS.

“Setakat ini, hasil Perbendaharaan AS berjangka 10 tahun, yang berlegar pada kira-kira 4.31 peratus, kekal pada kadar yang tinggi.

“Ini akan membayangkan premium inflasi yang boleh mendorong bank-bank pusat mengekalkan kewaspadaan mereka terhadap matlamat kestabilan harga,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata Pengerusi Rizab Persekutuan AS (Fed) Jerome Powell dijangka menyampaikan ucapan pada 25 Ogos dan pelabur akan mencari sebarang petunjuk berhubung kemungkinan perubahan dalam pendiriannya.

“Nampaknya Fed berkemungkinan mengekalkan kadar faedah tinggi, yang akan menjadi perkara positif bagi dolar,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding kumpulan mata wang utama.

Loading...
Terkini