comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit rendah berbanding dolar AS berikutan situasi tidak menentu 

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit diniagakan rendah berbanding dolar AS pada sesi dagangan awal hari ini berikutan ketegangan di Timur Tengah yang berterusan menyebabkan harga minyak mentah terus meningkat.

Keadaan ini memberikan cabaran kepada bank pusat untuk mencapai matlamat inflasi mereka pada tahun ini yang akan membawa kepada persekitaran kadar faedah yang lebih tinggi, terutamanya di Amerika Syarikat (AS).

Pada 9.01 pagi, ringgit susut kepada 4.7840/7900 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 pada Jumaat lalu.

Menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, ringgit dijangka kekal rendah dalam tempoh terdekat berikutan Rizab Persekutuan (Fed) AS dilihat tidak tergesa-gesa untuk meredakan pendirian dasar monetarinya dalam masa terdekat.

Beliau berkata pasaran akan menunggu pengukur inflasi pilihan Fed pada Jumaat.

Indeks harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) keseluruhan AS dijangka meningkat kepada 2.6 peratus pada Mac daripada 2.5 peratus manakala PCE teras dijangka sederhana kepada 2.6 peratus daripada 2.8 peratus.

“Para pegawai Fed telah memberi isyarat mengenai keperluan untuk mengekalkan kadar faedah pada paras semasa untuk membawa kadar inflasi ke arah sasaran 2.0 peratus.

Langkah itu dijangka menjadi positif kepada dolar dalam tempoh terdekat,” katanya kepada Bernama. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini