comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit ditutup pada 4.714 berbanding dolar AS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS dalam persekitaran petunjuk daripada Rizab Persekutuan (Fed) bahawa tiada kenaikan kadar faedah tahun ini.

Pada 6.01 petang, mata wang tempatan itu meningkat kepada 4.7145/7180 berbanding mata wang Ameria Syarikat (AS) daripada paras penutup 4.7255/7310 pada Selasa.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata walaupun Rizab Persekutuan (Fed) AS memutuskan untuk tidak menaikkan kadar faedah, tiada bukti ekonomi yang menunjukkan bahawa Fed akan menurunkan kadar faedah tidak lama lagi.

“Untuk melemahkan dolar AS, Fed perlu memberi petunjuk kesediaan untuk mempertimbangkan pemotongan kadar.

“Bagaimanapun, kenaikan ringgit mungkin terjejas akibat kebimbangan bahawa data inflasi AS dijangka terus kekal tinggi yang berpotensi menyakinkan Fed bahawa dasar monetari yang lebih ketat masih perlu dilakukan,” katanya kepada Bernama.

Ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia naik berbanding yen kepada 3.1711/1737 daripada 3.1740/1779 ketika ditutup pada Selasa, meningkat berbanding euro kepada 4.9983/5.0020 daripada 5.0095/0153 and melonjak berbanding pound Britain kepada 5.7918/7961 daripada 5.7982/8049.

Mata wang tempatan itu diniagakan kebanyakannya bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN lain.

Ia menambah berbanding dolar Singapura kepada 3.4587/4617 daripada 3.4619/4662 pada penutupan semalam dan naik berbanding peso Filipina kepada 8.30/8.32 berbanding 8.31/8.32 sebelumnya.

Bagaimanapun, unit tempatan turun berbanding baht Thai kepada 12.9462/9615 daripada 12.8571/8773 dan merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 300.2/300.6 daripada 300.1/300.8 ketika ditutup semalam.

— BERNAMA

Loading...
Terkini