comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan para peniaga menunggu data Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan lewat hari ini.

Data IHP itu akan menentukan hala tuju pasaran susulan kenyataan yang cenderung menaikkan kadar faedah oleh Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Jerome Powel mengenai dasar monetari AS minggu lepas, kata seorang peniaga.

Pada 6 petang, ringgit susut kepada  4.7165/7210 berbanding dolar AS 4.7065/7105 ketika ditutup pada Jumaat. Pasaran ditutup semalam berikutan cuti gantian.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata walaupun pertemuan dijangkakan berlaku antara Presiden AS Joe Biden dan Presiden China Xi Jinping di luar Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), ia tidak membawa banyak sokongan untuk ringgit.

“Walaupun data ekonomi AS dijangka agak positif dan tidak dijangka bergerak melebihi konsensus pasaran, pelabur juga sedar sepenuhnya mengenai turun naik inflasi. Namun, jika ia berlaku lebih cepat daripada jangkaan, kita boleh melihat kedua-dua kenaikan kadar Fed secara tiba-tiba pada Disember dan Januari,” katanya kepada Bernama.

Beliau juga berkata harga gas asli Eropah kini menurun, dan berikutan Malaysia merupakan pengeksport besar komoditi itu, harga yang rendah boleh memberi kesan negatif kepada margin ringgit.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini